Briged Izzuddin al-Qassam
Briged Izzuddin al-Qassam

Briged Izzuddin al-Qassam

Lawan bukan negara:Briged Izzuddin Al-Qassam (Arab: كتائب الشهيد عز الدين القسام, lit. 'Batalion Sang Syahid Izzuddin al-Qassam'code: ar is deprecated , kadang kala diringkaskan kepada Briged Al-Qassam) ialah sayap bersenjata kepada pertubuhan Palestin, Gerakan Perjuangan Islam (Hamas).[1][2][3] Kini ia diketuai oleh Mohammed Deif dan timbalannya, Marwan Issa. Briged Al-Qassam hari ini ialah kumpulan bersenjata lengkap terbesar yang menjalankan operasi di wilayah Israel, Lubnan dan khususnya di Gaza.[1][4]Dibentuk pada1992,[5] ia merupakan pada masa bagi menghalang rundingan Perjanjian Oslo.[6][7] Antara 1994 hingga 2000, Briged Al-Qassam banyak mendakwa bertanggungjawab terhadap sejumlah serangan ke atas orang Israel.[8]Briged Al-Qassam telah tersenarai secara khusus sebagai pertubuhan pengganas oleh Kesatuan Eropah,[9] Australia,[10] New Zealand,[11] Mesir,[12] dan United Kingdom.[13][14] Walaupun tidak menyebut Briged Al-Qassam, Amerika Syarikat[15][16] dan Kanada[17] menyenaraikan pertubuhan penaungnya, Hamas sebagai pertubuhan pengganas;[18] pemimpin Briged Mohammed Deif juga disenarai sebagai Pengganas Global Tentuan Khas oleh Amerika Syarikat di bawah Perintah Eksekutif 13224.[19][20] Memandangkan Briged ini menjalankan kegiatan ketenteraan bagi pihak Hamas, "aktiviti pengganas terancang yang dikaitkan dengan Hamas boleh dianggap dikaitkan dengan Briged."[10]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Briged Izzuddin al-Qassam http://www.qassam.ps/specialfile-246-An_interview_... http://qassam.ps/news-2420-Al_Mabhouh_killers_used... https://ecfr.eu/special/mapping_palestinian_politi... https://www.aa.com.tr/en/middle-east/al-quds-briga... https://www.bbc.com/news/world-middle-east-1333152... https://web.archive.org/web/20141111223719/http://... http://www.qassam.ps/aboutus.html https://archive.org/details/historyofmodernm00clev https://archive.org/details/historyofmodernm00clev... https://web.archive.org/web/20121231035019/https:/...